Rumah Semut Tuaran

Ku pandang langit masih mendung,  hujan turun renyai-renyai membasahi bumi aku terdengar bunyi handphon ku berbunyi,ketika itu aku bersama family bersiap-siap hendak pergi sarapan pagi, aku menjawab telefon
"Salam aku hantar diorang bapa di restauran hana di Putatan kau ambil saja sini" kata adik ku

Aku pun bertolak menuju ke restauran hana ,hujan semangkin lebat dengan angin kuat aku perlahankan kenderaan ku maklumlah pandangan ku terbatas dari air hujan lebat itu, Alhamdullah kami sampai ke tempat yang dituju , bapa dan emak sedang menunggu  kedatangan kami,

"kenapa kamu lambat sampai ini, lama sudah bapa tunggu ini"

"Biasa lah budak-budak lambat bangunlah lebat lagi hujan tadi" kata isteri ku

Kami pun bersarapan sambil menunggu hujan reda , anak ku Maisarah tidak sabar lagi merasai suasana sejuk di kaki bukit Kokol

"Baba cepatlah jalan tidak sabar sudah kakak ini" Kata anakku  Farzana

Selesai sarapan kamu pun bertolak , hujan masih renyai-renyai dalam perjalanan menuju ke Pekan Inanam singgah sebentar di stesen minyak, isteri ku dan anak-anak ku terus kedai membeli minuman.

Emak ku bersuara , "lain hari saja kita ke Bukit Kokol tengok tu masih hujan bahaya kalau kita jalan juga kabus tu tidak nampak jalan raya"

"Kita cari tempat lainlah , bahaya juga kan bukit tu tinggi sama berkabus dulu bapa pernah sampai di bukit Kokol jalannya  kecil."

Isteri ku mencadangkan lebih baik kita pergi tengok rumah semut di Tuaran, bincang-bincang kami pun setuju ke tempat tu. Aku google map di mana letaknya rumah semut ini, Perjalanan dari Kota kinabalu ke Rumah semut tidaklah jauh lebih kurang 40  km saja.

Tiba di rumah semut kami terus ke kaunter ticket bertanyakan berapa harga masuk , syukur masa lawatan kami ketika masih harga promosi, anak ku teruja melihat replika semut besar di hadapan pintu masuk ,

Suasana galeri bawah tanah  memang menarik kerana terdapat barang barang peninggalan sejarah seperti pedang pahlawan Sabah, peralatan  tradisional, dan lain-lain lagi, bagi mereka yang hendak membawa keluarga tempat ini sememangnya menarik.











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Ikan Putih Masak Kunyit