Ikan Putih Masak Kunyit

Jam di handphon ku  menujukkan jam 4.30 pm, tiba masanya  untuk berangkat  balik ke rumah rutin harian sebagai driver saya singgah di sekolah untuk mengambil anak kesayangan seterusnya singgah di tempat kerja buah hati saya.
"baba hari ini makan apa ya, makan di restauran lah "
Saya meneruskan pemanduan tanpa memperdulikan kata-kata anak , tiba -tiba isteri ku bersuara
"Lain hari saja kita makan diluar , hari ini kita suruh baba sahaja masak"
saya hanya tersenyum,
"oklah hari ini baba masak nasi dengan ikan putih masak kunyit"
 Tiba dirumah aku terus mengeluarkan ikan di peti sejuk dan merendam agar ikan itu cepat lembut. Selepas mandi saya terus menyediakan bahan-bahan dan beraksi didapur.

Ikan Putih Masak Kunyit

Ikan Putih
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Kunyit
Minyak masak
Asam gelugur
Secukup rasa
Gula
Garam
Ajinamoto

Tumbuk bawang, halia dan kunyit



Tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga garing dan bau wangi


















Masukan ikan dan tambah air serta bahan perasa garam, gula,ajinamoto


















Selamat menjamu selera dan selamat mencuba.....akan datang resepi sayur cangkuk Manis masak telur....



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rumah Semut Tuaran